❰Read❯ ➫ Konspirasi Suami Author Maya Iris – Motyourdrive.co.uk



10 thoughts on “Konspirasi Suami

  1. says:

    Announcement before review N nak jual buku ni for RM17 Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM Tak perasan cerita ni sebenarnya adalah sekuel kepada Mahar Cinta Cinderella Seperti MCC, Konspirasi Suami juga adalah sebuah novel yang mempunyai pengisian tentang dunia Islam Memang menarik, especially since N memang menggemari konspirasi konspirasi dunia Sejauh mana kebenarannya dan sebanyak mana ia adalah fiksyen, hanya mereka yang arif yang tahu Tapi N harus beri pujian kepada penulis Kegigihan beliau dalam membuat research memang terserlah Rasanya kalau disuruh membaca artikel tentang konspirasi, tak ramai yang rajin nak bersengkang mata Mungkin juga kerana ia sukar nak difahami Tapi penulis bijak dalam membincangkan konspirasi konspirasi dunia dalam format fiksyen berpayungkan tema cinta Two thumbs up


  2. says:

    Full review 1 09 18Masa dah sampai separuh cerita baru aku tahu yang ini sequel kepada MCC Nak berhenti sayang dah separuh jalan, jadi teruskan je Masih tak menganggu cuma bila ada watak yang mungkin disebut dalam novel sebelum, aku jadi lost sikit.Apa pun pembacaan novel ini tak mudah seperti yang aku sangkakan Diakui penulis betul betul buat homework untuk kesemua input yang dimasukkan Ia bukan sekadar tangkap muat dan aku sendiri jenuh nak Sejujurnya, aku memang tak sangka aku juga akan sama sama buat homework untuk meneliti tiap info yang ada Ringkasnya ini kisah Dr Ehsan Nur Sayang selepas berkahwin Ini yang buat aku penasaran sebab nak tahu kisah mereka sebelum ni kena baca MCC dulu.Tapi takpe, sebab aku tak melihat ia mencacatkan pembacaan kerana apa yang lebih menuntut perhatian aku adalah kisah konspirasi yang melibatkan Dr Ehsan Bukan perkara kecil ya, ia melibatkan satu dunia.Novel ini banyak membuka mataku , buat aku memandang tiap isu itu daripada angle yang berbeza Dan, untuk itu aku salute dengan kegigihan penulis Next, kena cari kesudahan kisah ini dan aku juga kena geledah gobok untuk mencari di mana MCC haha.


  3. says:

    Alhamdulillah. A book that muslim readers must have.Sambungan dari Novel Mahar Cinta Cinderella, kisah Dr Ehsan Nur Sayang dan KONSPIRASI Yahudi.Dengan kospirasi tersendiri, Dr Ehsan akhirnya berjaya mengikat Nur Sayang dalam perkahwinan yang suci walaupun pada awalnya Nur Sayang larikan diri Pada awalnya, semua berjalan lancar sehingga Nur Sayang hilang separa ingatan dan lupa pada Dr Ehsan Kamil, si bekas teman lelaki pula jadi sebutan setiap hari hingga Nur Sayang mahu balik ke Malaysia Sakit hati dan cemburu ditolak tepi, hasrat Nur Sayang dipenuhi Kamil pula bakal berkahwin dengan adik angkat sendiri Nur Sayang pula semakin menerima hakikat dan perasaan sayang pada suami makin terasa Bila bahagia mahu menjelma, Dr Ehsan pula terpaksa pulang ke Mesir dan diculik Dr John Stein sangat berminat dengan kajian Dr Ehsan berkenaan pertumbuhan stem sel , siapakah dia sebenarnya Seorang yahudi yang betul betul berminat bagi tujuan perubatan atau ada ada niat lain disebaliknya.Siapakah Sang Perancang yang disebut sebut, sehingga mencari calon calon untuk menyamar sebagai Al Mahdi dan mahu menyesatkan umat Islam.Kita sering tertanya tanya kenapa Islam dibenci, Islam digelar pengganas Adakah semua keganasan yang diwar warkan perbuatan orang Islam Apakah sebabnya, sedikit sebanyak penulis mengupas dengan cara tersendiri Mungkin bukan semua adalah fakta tapi tak ada salahnya kita baca dan perhalusi.Penamatnya, mestilah happy ending bagi Dr Ehsan dan Nur Sayang Tapi, penamat pada Konsprasi Yahudi dan Dajjal tak akan berakhir sehinggalah Imam Al Mahdi menewaskan Dajjal, dibantu Nabi Isa a.s dan Islam peroleh kemenangan Aku takut terkena fitnah si Dajjal, aku takut tidak berpegang pada ajaran Islam yang sebenar Terima kasih penulis novel ini kerana menyedarkan aku dari kelekaan duniawi. jika ada kesilapan fakta minta komen dan tegur.


  4. says:

    DoneKhatam dengan mood membaca turun naik kalah roller coaster Tapi yang pasti dalam mood merudum jatuh, sekali teka tembak dengan fakta fakta dan ayat selamba penulis dalam karya ni memang buat KakChik terkedu Tak tahu nak bereaksi bagaimana kerana kebanyakannya memang kena tepat di dahi sendiri Pedih, sakit, ngilu dan ngeri tapi itu kepahitan yang terpaksa ditelan dan diterima Secara umumnya, rekaan idea penulis adalah realiti umat Islam dan musuhnya pada masa kini Peringatan untuk KakChik dan seluruhnya.Yang terganggu kerana hampir 3 4 halaman plot ceritanya bagaikan terpisah dengan 2 kisah yang tiada perkaitan pada mulanya Tapi apabila menghampiri halaman terakhir buat KakChik tak sabar nak tahu apa penutupnya Cumanya rasa tidak puas hati dengan hukuman yang tidak nyata yang diterima oleh Sang Perancang.Nasib baik langgam bahasa penulis telah jadi penyelamat untuk menutup kelemahan tersebut.


  5. says:

    Review diambil dari pts.com.my berita novel tentang konspirasi terbaik abad ini konspirasi suami Novel Tentang Konspirasi Terbaik Abad Ini Konspirasi SuamiKhairul Aswad Khairul Anuar pada 02 Mar 2015Melihat pada tajuknya sahaja, pembaca akan dapat satu persepsi awal yang novel ini bukanlah novel cinta tipikal Ditambah pula dengan kulit muka yang sangat menarik di pandangan, seolah olah ia satu novel ala ala James Bond.Apabila membaca sinopsis yang disediakan, sekali lagi pembaca dapat meneka novel ini mungkin berkisarkan cinta namun direncahkan dengan plot berunsurkan suspens Namun, sebaik sahaja selesai membaca keseluruhan naskhah ini, ternyata tekaan itu sedikit menyimpang.Maya Iris boleh dikatakan seorang yang sangat rajin Sebelum menghasilkan karya, penulis seperti merujuk kepada banyak bahan rujukan yang dijadikan fakta di dalam novel beliau bagi memastikan pembaca tidak dihidangkan dengan fakta yang kosong tanpa isi.Beliau mahukan pembaca dapat mengambil iktibar dengan naskhah ini Beliau juga berjaya menyusun fakta tersebut dalam satu bentuk yang tidak bosan, bukan seperti mana kita membaca sebuah buku teks Sejarah Banyak perkara halal dan haram disentuh di sini, dan itu boleh dijadikan sebagai satu ilmu tambahan kepada pembaca.Konspirasi Suami ini membawa tiga plot yang berlainan, namun bergerak serentak sehingga ke helaian terakhir Satu kisah mengenai Nur Sayang dan Dr Ehsan yang sedang bercinta, kisah Sang Pencipta bersama dengan konconya, dan juga kisah Kamil dan Amanda.Tiga plot yang membawa kisah yang tersendiri tetapi akan dipertemukan di satu simpang yang sama kelak Waktu itu, pembaca akan dapat merungkai sedikit demi sedikit misteri yang cuba diselitkan oleh penulis.Tidak keterlaluan jika novel Konspirasi Suami ini diangkat sebagai antara novel terbaik sepanjang zaman Pembaca akan terasa seperti mahu membaca dan terus membaca sehingga ke muka terakhir, hasil idea kreatif penulis menyusun plot.Jika pembaca mengharapkan sebuah karya yang melelehkan air mata, mungkin ini bukan kisahnya Ada cintanya, tetapi nescaya pembaca akan lebih tertarik dengan teori konspirasi yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia sekarang.Satu per satu teori didedahkan dengan berbekalkan hadis dan ayat Al Quran sehingga teori itu lebih menarik minat untuk terus membaca daripada kisah cinta.Membawa kelainan dalam dunia pembacaan novel, Konspirasi Suami memang amat berbaloi untuk dibaca Tiada sekelumit perasaan menyesal pun akan terbit di hati, malah pembaca mungkin akan terasa lebih tebal ilmu dan iman di dada.Insya Allah Tahniah untuk penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang hebat Bak kata Nora Danish dalam satu rancangan realiti, Nora kasi lima bintang


  6. says:

    BOOK 135 Konspirasi Suami by Maya Iris..Ni ialah sambungan kepada Mahar Cinta Cinderella..Berdasarkan prakata penulis, kali ini, penceritaannya terbahagi kepada 3 bahagian Pertama, kisah Ehsan dan Nur Sayang Kedua, tentang Kamil dan Amanda Ketiga, Jeneral Zuckermann dan Michael Goldberg Dan ketiga tiganya berkait..Ehsan dan Nur Sayang basically, ni kisah macam mana Ehsan beria pujuk Nur sehingga mereka akhirnya kahwin Dan, lepas kahwin, selepas satu kejadian, macam mana Ehsan kembali memikat hati Nur Dan sebenarnya, perangai Nur ni sangatlah annoying Ku kagum macam mana Ehsan mampu bertahan dengan Nur hahaha.Kamil dan Amanda Kamil ni ex boyfriend Nur Mereka terpisah sebab mak Kamil tak suka Nur Dan Kamil ni pulak anak mak Mak Kamil sebenarnya plan nak jodohkan Kamil dengan Amanda Tapi, sebenarnya ada kisah yang tersembunyi..Jeneral Zuckermann dan Michael Goldberg ni part yang penuh dengan kospirasi dunia Tentang kelicikan Zionis dan plan mereka untuk mewujudkan fake Al Mahdi dan juga persediaan mereka untuk menanti kemunculan Dajjal aka Raja Besar Israel..Kesimpulannya, ku suka dengan hasil kerja penulis yang sangat gigih buat research ni.


  7. says:

    It took me than 2 reads to make me understand this story Maybe bcos back then terlalu banyak baca novel cinta instead of thriller jadi bila earlier pembacaan tu rasa rasa macam typical malay novels So I cast aside for few days..I picked up again just to cast it aside until tak boleh tahan sebab dah beli takkan tak nak bacakan Seperti berhantu pulak buku ni asyik memanggil2 No kidding sebab it took me than 5 return to the same shop staring at this book everytime Im there and asked shd I purchase..Nanti kalau dah takde tercari2..anehnya rezki masih ada at 6th return nampak grab and paid for it Another setback for me earlier on disebabkan cover mcm 007 yg buat saya kurang berminat Apa yg boleh saya katakan novel ini sangat berbaloi Kalau dulu sering baca tentang sejarah Islam and their conflicts, sekarang kita disajikan pula something similar with a twist of modern version Ada juga unsur2 cinta tapi tidak diberi konsentrasi malah lebih kepada plot konspirasi Yg lebih mengagumkan saya adalah bila hampir diakhir cerita Dr Ehsan harus membuat pilihan antara nyawa dan agama..zapp macam terflashback zaman nabi2 kita..sungguh menakjubkan jawapan dan pengorbanan yg dipilih Ia buat saya tertanya2, masih ada lagikah situasi begini..apa punya soalan..sudah tentunya ada dan telah dibuktikan oleh media hari ini..Subhanallah..Novel ni banyak pengisian dan pengajaran dan mengingatkan kita bahawasanya setiap umatNya yg mengaku Islam ada ujian dan JIHADnya tersendiri.


  8. says:

    ok..saya dah habis baca naskah ini..sebenarnya buku ini saya secara tak sengaja terjumpa kat rak kedai buku ketika saya duk belek cari novel yang saya inginkan..waktu tu saya ternampak hanya ada satu naskah saja buku ini time tu dan saya terus duk berbolak balik adakah saya patut beli buku ini dulu atau buku yang saya ingin so saya buat keputusan saya beli dulu buku yang saya inginkan dan buku ini saya beli kemudian..ok berbalik pada review. well saya menyukai jalan cerita konpirasi suami walau pada pendapat saya kalau tajuk Konpirasi saja pun dah cukup ok kalau tgk pada jalan cerita..hehehe..saya suka penulis masukan fakta yang kadangkala macam terkena kat batang hidung sendiri khasnya berkenaan apa yang terjadi pada zaman sekarang..KS walaupun mempunyai 3 plot berlainan tapi jalan berjalan seiring dan bertemu titik yang sama secara jujurnya saya amat menyukai kisah Sang Perancang dan Goldberg mcm mne dia nak dapatkan kajian dari Dr ihsan..bagi saya kisah Dr ihsan dan Nur sayang agak meleret dengan kisah Nur sayang duk main tarik tali dengan dr ihsan..hehehe..kisah Amanda dan Kamal saya kalau mereka tak ada pun tak apa tapi oleh kerana mereka ada saya harapkan Kamal bila dapat tahu dia tak boleh kahwin dengan amanda sbb adik beradik susuan saya mengharapkan penulis ciptakan plot di mana kamal pergi melamar org yang dia inginkan bukan tamat mcm itu aje.apapun tahniah Puan Maya iris..sebenarnya ada satu scene saya mengharapkan ia lebih trill..bagaimanapun buku ini berbaloi utk di miliki..hehe


  9. says:

    Book 76 2015wow highly recommended la tapi sayang sekali, this book is a sequel saya belum baca lagi mahar cinta cinderella betul ke tajuk dia or else saya akan lebih mengetahui detik permulaan cinta ehsan and nur sayang mungkin sebelum ehsan memeluk ugama islam.cerita ni well thought of banyak benda yang saya tak tahu or mungkin the precise word is, ignorant tentang konspirasi konspirasi dunia this is an islamic read cukup menginsafkan saya rasakan mungkin ada sambungan lagi selepas ni rasanya laaa will look forward to it


  10. says:

    satu lagi kisah indah yg banyak ilmu yg dikongsikan membuat akal bergerak dan berfikir yg sejujurnya pertama kali membaca buku tulisan maya iris yg sarat dengan ilmu ya baik.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Konspirasi Suami download Konspirasi Suami , read online Konspirasi Suami , kindle ebook Konspirasi Suami , Konspirasi Suami f8d912b0811d Popular E Book, Konspirasi Suami By Maya Iris This Is Very Good And Becomes The Main Topic To Read, The Readers Are Very Takjup And Always Take Inspiration From The Contents Of The Book Konspirasi Suami , Essay By Maya Iris Is Now On Our Website And You Can Download It By Register What Are You Waiting For Please Read And Make A Refission For You